Friday, July 25, 2008

Laporan Kelab Pencinta Alam Sekitar, Kampung Seksyen 5







Laporan Kelab Pencinta Alam Sekitar,
Kampung Seksyen 5, Mukim Wangsa Maju,
Kuala Lumpur
Lawatan ke Air Terjun Sungai Sendat, Ulu Yam, Selangor.


Pada 20 Julai 2008, tepat jam 7.50 pagi, rumah saya didatangi oleh 2 orang sahabat saya iaitu Mohd Afif dan Nur Shalihin. Tujuan mereka datang ke rumah saya tidak lain dan tidak bukan untuk melaksanakan satu misi kami yang telah dirancang pada 19 Julai 2008.

Seterusnya kami bergerak ke rumah sahabat kami, Megat Ahmad Aizzat. Adalah dalam setengah jam juga kami menunggu beliau untuk bergerak. Encik Zulyamin juga tidak ketinggalan untuk menyertai misi ini. Awal pagi lagi beliau telah bersedia untuk menjalankan misi yang telah dirancang. Beliau juga tidak lupa melakukan sedikit latihan panas badan sebelum menghidupkan enjin motor beliau. Saudara Nasrul tiba tepat pada waktunya.

kemudian, kami terus bergerak ke bus stop kampung sebelah iaitu kampung seksyen 4 untuk mejemput saudara nur adib. kemudian kami terus bergerak ke stesen petrol petronas wangsa melawati untuk mengisi minyak. sebanyak rm20 juga lah yang dikeluarkan oleh saudara afif untuk mengisi minyak kereta saya bagi mengelakkan sebarang situasi menolak kereta di lereng bukit ulu yam. seksa oi kalau menolak.
sebelum bergerak, kami telah terbau aroma yang cukup mengasyikkan datang dari raga/bakul di motor saudara zulyamin. Nasi Lemak Telur Goreng! dengan muka yang selamba, beliau buat muka tak mengerti apa2. cilakak. beli makanan untuk sendiri je. Kami pon memberi duit kepada saudara adib dan zulyamin untuk memebeli Nasi Lemak yang serupa dengan saudara zulyamin.

tepat jam 9, kami bergerak dari stesen minyak petronas wangsa melawati menuju ke kompleks renang sri siantan di selayang untuk menunggu saudara ishkandar yang juga ahli kelab pencinta alam sekitar kampung seksyen 5. setelah tiba di kompleks renang sri siantan di selayang, kami menyalakan rokok sambil menunggu ketibaan saudara ishkandar dari kepong. dalam jam 9.15 pagi, saudara ishkandar tiba dengan senyuman dan motor lagenda hijaunya.

kemudian kami terus bertolak ke destinasi yang telah kami tetapkan dengan kadar kelajuan 80km/j. setelah 45 minit bergerak, kami tiba di tempat yang telah ditetapkan. sedikit terkejut kerana bayaran dikenakan untuk masuk ke tempat itu. oh lupa untuk dinyatakan disini bahawa nama tempat tersebut ialah Sungai Sendat. hmmmm, ada juga yang mengambil kesempatan untuk mengenakan bayaran kepada orang ramai yang juga berhak ke atas alam sekitar. anugerah tuhan.

tibanya kami di tapak perkelahan tersebut, kami dengan nafsu buasnya menjamu selera terlebih dahulu. Nasi Lemak Telur Goreng! Layan! alhamdulillah. saudara ishkandar juga membawa sedikit bekalan iaitu nasi lemak juga sebanyak 4 bungkus. setelah menjamu selera, kepada perokok tegar, udara nyaman di tempat sebegitu dihirup bersama asap yang mengandungi nikotin dan tar. perghhh. dah makan nasi lemak aiii, malas la nak cakap mengantuk la pulok. dengan udara yang nyaman dan sejuk. dapat selimut sedap ni.

saudara zulyamin bersemangat telah menukar seluar untuk memulakan acara. aksi beliau tidak dihirau oleh kami kerana kami majoriti kekenyangan dan mengantuk. saudara zulyamin merajuk dan bertindak pantas menukar seluar dan menyatakan hasratnya ingin balik. merajok la konon. hahahaha. muka berjanggut dan berjambang tapi perangai masih keanak-anakan. beliau segera dipujuk oleh saya dan saudara nur shalihin.

perghhhh, sejuk nya air. apabila kaki kami mula2 mencecah permukaan air. saudara zulyamin tanpa segan silu nya memulakan acara akuatik dengan dimulakan dengan gimrama berirama.huahuahua. maka berlangsung lah aktiviti kelab pencinta alam sekitar ditambah lagi dengan kehadiran saudara dannial idris dan saudara haris pada pukul 11 pagi. sehingga jam lebih kurang 2 petang baru semua beransur pulang.

3 comments:

Diana said...

holaaaaaaaaaaaa.....

no entendí nada....

pero felicitaciones....

Anak Anak Kecil said...

seronok kalian.

Anonymous said...

haha menarik menarik! :)